AzZahra Health Store

Pages

  • Home
  • Jom Shaklee
  • Siapa Saya?

Facebook

AzZahra Vitamin Shop


What are the primary types of dietary supplements?


Vitamin Supplements –
Vitamins are organic substances that the body needs to function properly. Vitamins help the body develop, grow and stay healthy. They strengthen the immune system, assist in forming bone and tissue, regulate metabolism, help convert fats and carbohydrates into energy, and protect cells against the effects of free radicals. With the exception of vitamin D the body can't produce vitamins, so they must be obtained from food or dietary supplements.


Mineral Supplements –
Minerals are inorganic substances that the body needs to function properly. Minerals are essential for a wide range of vital processes, from basic bone formation to the normal functioning of the heart and the digestive system. A number of minerals have been linked to the prevention of cancer, osteoporosis and other chronic illnesses. The body is not able to produce minerals, so they must be obtained from food or dietary supplements.


Herbal Supplements –
Herbal supplements contain herbs, either singly or in mixtures. An herb is a plant or plant part used for its flavor, scent or potential therapeutic properties. Many herbal supplements have a long history of use and health benefits, but herbal supplements can act in the same way as drugs and can cause health problems in some users.


Other Supplements -
There are many dietary supplements, such as amino acids, essential fatty acids, proteins, enzymes and probiotics, that are not considered vitamin, mineral or herbal supplements. These other supplements are used for a variety of reasons such as to aid digestion, to strengthen the immune system, to build muscle, and to protect against certain diseases.

In conclusion, I hope that these basic facts about dietary supplements have given you a better understanding of what can sometimes be a confusing topic.=)

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
" Dh mkn dh vitamin, xda pe kesan pun....."

"dulu pernah mkn, tp dh stop dh sbb xda perubahan.."


Antara komen-komen yang selalu didengar..





Hakikatnya, pengambilan vitamin/ suplemen ini perlu istiqamah untuk memperolehi hasil yang optimum. Sama juga dengan apa yg kita lakukan dalam kehidupan seharaian. Adalah disarankan untuk mengambil vitamin secara konsisten selama 3 bulan untuk benar-benar mendapatkan keserasian kerana sel kita hidup antara 90-120 hari.

Selain itu, perlu juga ambil tahu Do's and Dont's tatkala mengambil sebarang makanan tambahan dan alangkah baiknya jika kita dapat ambil dengan cara yang terbaik, yang mungkin akan membantu badan kita untuk menyerap nutrien dari vitamin tersebut dengan lebih optimum.

Perlu ditekankan disini, vitamin/supplemen tambahan adalah BUKAN ubat untuk merawat sesuatu penyakit, Ia hanyalah makanan tambahan yang sedikit sebanyak membantu dalam kesihatan badan kita.

Beberapa faktor yang menyebabkan segelintir pengamal vitamin tidak merasa apa-apa kesan dan manfaat dari pengambilan vitamin atau supplement harian mereka.

Antaranya ialah:


1.      Pengambilan air kosong yang dipandang remeh.
Ramai bermasalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan. Kita disarankan minum air masak paling kurang 8 gelas sehari atau at least 2L apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik. Yela, dalam badan kita 70% adalah air bukan?


2.      Elakkan makan vitamin secara sekaligus dalam kuantiti banyak pada satu masa.
Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Cuba bahagikan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa.

Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu terbeban dalam memproses nutrient dalam badan, makin kurang air, makin terbeban ginjal kita untuk memproses. 

 
3.      Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.
Sekiranya anda dalam pemantauan doktor kerana masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam.

Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor. Ini sebagai cadangan sahaja berdasarkan kajian yg telah dibuat. Tetapi, dapatkan pandangan dari Doktor anda sekiranya masih ingin mengamalkan sebarang vitamin.


4.      Pengambilan kafien dalam diet seharian.
Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan akan membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan. 
Pendek kata penyambilan kafien yang berterusan akan menyebabkan vitamin tidak berfungsi dengan baik/rosak. Maka, sia-sialah anda mengamalkan mana-mana vitamin dan semahal mana pun vitamin itu.

5.      Pantang larang makan vitamin.
Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu? 

Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. Sama juga dengan ubat ubatan yang kita ambil. 

References: http://www.healthkicker.com/697049266/taking-pills-with-anything-besides-water-can-be-dangerous/
 
Banyak lagi faktor penyebab kenapa vitamin yang anda makan tidak memberi kesan dengan apa yang diharapkan. Jadi, makanlah denagn ILMU, jangan membeli vitamin jika anda tidak tahu apa kebaikan vitamin yang akan anda amalkan. 

Dapatkan nasihat daripada pengedar anda serta panduan pemakanan, kerana mana-mana pengedar vitamin sepatutnya lebih tahu tentang nutrisi, yela bukan sekadar jual untuk mendapat untung saja sudah menjadi amanat untuk membantu orang ramai dalam mencapai kesihatan yang optimum. =)

Boleh rujuk lagi faktor2 yang lain di sini ye..

http://www.cbn.com/health/nutrition/DrLen_supplements.aspx


Hubungi saya untuk keterangan lanjut:

Nadia Yusof
ID: 859160
Email : nnadiayusof@gmail.com 
SMS/ WhatsApp/ Viber : 019 776 7230
Facebook Fanpage  : AzZahra Vitamin Shop

 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Kenapa kita makan supplemen? Adakah kerana pengaruh rakan sebaya? hehehe.pastikan kita makan kerana ILMU

Berikut sebab kenapa kita perlu makan VITAMIN


1. Masalah Penghadaman

Penghadaman yang tak efisien boleh membataskan penyerapan vitamin oleh tubuh. Contohnya jika mengunyah makanan dengan kurang sempurna atau terlalu cepat. Ini menghasilkan saiz partikel makanan yang lebih besra dari normal iaitu terlalu besar bagi tindakan lengkap oleh enzim-enzim penghadaman. Mereka yang menggunakan gigi palsu juga boleh menjejaskan penyerapan vitamin akibat pengunyahan kurang efisien.
( tu lah kunyah laju-laju lagi)

2. Kopi, Teh Panas & Rempah

Tabiat meminum air yang terlalu panas atau pengambilan terlalu banyak kopi, teh, jeruk dan rempah boleh menyebabkan inflamasi atau keradangan pada lapisan saluran pencernaan. Ini mengakibatkan kurangnya rembesan cecair penghadaman serta penyerapan vitamin dan mineral menjadi kurang.
(kopi n teh kan sedap..)

3. Alkohol

Pengambilan alkohol yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan pada hati dan pankreas iaitu organ yang penting dalam proses penghadaman dan metabolisma. Pengambilan alkohol yang kerap dan banyak menyebabkan badan memerlukan lebih banyak Vitamin B terutamanya thiamine, niacin, pyridoxine, asid folik, Vitamin B12, Vitamin A, Vitamin C, zink, magnesium dan juga kalsium.
(ini memang haram ye..jgn cuba-cuba)

4. Merokok

Amalan merokok boleh menyebabkan iritasi pada saluran penghadaman dan meningkatkan keperluan badan terhadap Vitamin C yang juga penting dalam fungsi sistem imun.
(dah tau, lagi nak merokok juga..)

5. Julap / ubat sembelit / ubat kurus
Penggunaan julap secara berlebihan boleh mengakibatkan kurangnya penyerapan vitamin dan mineral daripada makanan. Paraffin dan lain-lain minyak mineral meningkatkan kehilangan vitamin larut lemak seperti Vitamin A, D, E dan K. Penggunaan julap yang banyak juga boleh menyebabkan kehilangan mineral seperti potassium, sodium dan magnesium.

6. Fad Diet

Diet ganjil yang tidak mengandungi semua kumpulan makanan berkemungkinan kurang mengandungi vitamin. Paling popular, diet kurang lemak, jika diamalkan secara ekstrem boleh mengakibatkan kekurangan Vitamin A, D, E dan K. Diet vegetarian yang tidak mengambil daging dan sumber haiwan lain pula perlu dirancang dengan baik supaya tidak kekurangan Vitamin B12 yang boleh mengakibatkan anemia.

7. Makanan Terlebih Masak

Memasak terlalu lama atau memanaskan semula daging dan sayuran boleh memusnahkan Vitamin B, C dan E.
(biasalah masak lama-lama, panaskan yang semalam lagi..)

8. Makanan Diproses (dalam tin)

Pemprosesan makanan yang bertujuan meningkatkan jangkamasa penyimpanan boleh menyebabkan kandungan nutrien berkurangan atau hilang sama sekali.
(nak cepat jer kan..)

9. Makanan Segera
Makanan segera yang tinggi kandungan karbohidrat, gula dan garam meningkatkan keperluan badan terhadap Vitamin B bagi memproses makanan tersebut.
(makanan wajib setiap minggu kan?)

10. Antibiotik

Sesetengah antibiotik walaupun berguna bagi menghapuskan kuman yang menyebabkan jangkitan boleh menghapuskan sekali bakteria-bakteria baik dalam perut dan usus.

11. Alahan Makanan

Mereka yang alah terhadap gluten atau laktosa boleh mengalami kekurangan sumber nutrisi diet yang penting seperti thiamine, riboflavin dan kalsium

12. Kehilangan Nutrien Tanaman

Sumber makanan daripada tanaman seperti sayuran dan buah-buahan boleh kekurangan nutrien akibat pengurusan tanah yang lemah.

13. Kemalangan dan Penyakit

Luka terbakar menyebabkan kehilangan protein, vitamin dan mineral. Pembedahan pula meningkatkan keperluan terhadap zink, Vitamin E dan nutrien yang terbabit dalam proses pembaikan sel.

14. Tekanan atau Stress

Tekanan fizikal, emosi dan pencemaran boleh meningkatkan keperluan tubuh terhadap Vitamin B2, B5, B6 dan Vitamin C.

15. Sindrom pra haid

Penyelidikan sains telah membuktikan bahawa 60% wanita yang mengalami masalah sindrom pra haid boleh mendapat manfaat dengan pengambilan suplemen Vitamin B6.

16. Remaja

Proses tumbesaran yang pesat dari segi fizikal, emosi dan biokimia sewaktu usia remaja menyebabkan golongan remaja terutama perempuan memerlukan lebih banyak nutrien berbanding orang dewasa.

17. Wanita Hamil

Kehamilan menyebabkan keperluan nutrien lebih banyak bagi memastikan proses tumbesaran yang sihat bagi ibu dan juga bayi.

18. Pil Perancang

Pil perancang boleh mengurangkan penyerapan asid folik dan meningkatkan keperluan tubuh terhadap Vitamin B6, Vitamin C, zink dan juga riboflavin.

19. Warga Emas

Peningkatan usia sering dikaitkan dengan pengambilan vitamin dan mineral khususnya zat besi dan kalsium yang berkurangan.

Jagalah badan anda sebaik mungkin kerana badan anda tu amanah Allah. Kita perlukan badan yang sihat untuk beribadah dan menabur bakti kepada kedua ibu bapa, keluarga, bangsa, agama dan negara. Chewah!

mudah-mudahan.....

Credit: VitaminCikgu


Hubungi saya untuk keterangan lanjut:

Nadia Yusof
ID: 859160
Email : nnadiayusof@gmail.com 
SMS/ WhatsApp/ Viber : 019 776 7230
Facebook Fanpage  : AzZahra Vitamin Shop
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Older Posts

Pengedar Shaklee

Pengedar Shaklee
Work From Home Mom | Mother of 3 | Master in Engineering | Full-time Shaklee Independer Distributor

Follow Saya di Instagram

Kategori

alfalfa anak anti penuaan asid folik asma b complex basic H berpantang bersalin CarotoMax chewable vit C Cinch Cinch shake Cinch Tea collagen powder detox diet emulsifier energy ESP garlic complex gelandangan GLA complex gout haid hamil herblax ihsanjohorkitchen imunisasi jamu johor joint health kalsium kesuburan kolegen kurus lecithin lesu mealshake mealshakes milk booster Multiple Sclerosis multivitamin Nutriferon OMEGAGUARD ostematrix Pappermint Ginger parut pengedar shaklee Penyusuan performance drink PMS prosante protein rabun rambut gugur safety sembelit Sendi senggugut Set berpantang/pembedahan Set Hamil Set Kesuburan set kulit Set Kurus Set Penyusuan Shaklee differences soya sukarelawan susu ibu testimoni tips video travel tulang vit C VitaLea vitalea for children vitamin Vitamin E vivix water pitcher Zinc

Popular Posts

  • Pilihan ibu berpantang selepas bersalin :: JAMU atau SUPLEMEN?
  • #3 Tempat makan paling Best – Restoran Mandela
  • Resepi Protein Shake
  • CoQ Health : Untuk kesihatan Jantung Anda
  • KETAHUI SIZE PERUT BAYI ANDA DAN KAPASITI SUSU YANG DIPERLUKAN

SamaSamaSihat by AzZahra Health | 2017