Thursday, July 2, 2015

Berpantang dengan Vivix? Apa kata Puan Ainul kita

Assalamualaikum,



sesungguhnya saya sangatlah teruja selepas baca blog Kak Ainul tentang berpantang dengan Vivix. Ohoi...terasa diri ini ingin melakukan perkara yang sama bila bersalin nanti hoho..InshaAllah..

Saya pernah makan Vivix ni dulu beli masa promo tahun lepas, yela time murah camnila ambil peluang nak cuba, memang best la makan Vivix ni.. saya terasa muda 25 tahun tau heheheh.

Mari baca lanjut review dari Kak Ainul k.. korang pasti teruja jugak.

Ha..jangan lepaskan peluang cuba sebotol ya...pasti tak menyesal.





Wednesday, July 1, 2015

Bagaimana Vivix Boleh Membantu 4 Jenis Penyakit Kronik Ini

Assalamualaikum

4 jenis penyakit kritikal yang sering dialami oleh rakyat Malaysia adalah kanser, resdung, kecing manis dan jantung. Berikut adalah sekilas info bagaimana Vivis dapat membantu memulihkan penyakit-penyakit ini.

p/s: Bulan July ni ade Promosi Vivix tau, jangan lepaskan peluang cuba 1, harga murah tambah2 bila join ahli


Info lanjut boleh rujuk di Vivix Si Tonik Ajaib


Tips Untuk Ibu Yang Menyusukan Semasa Berpuasa

Assalamualaikum dan salam Ramadhan kepada para ibu,



Menyusukan bayi ketika berpuasa bukannya mudah bagi segelintir ibu, tambahan pula bagi ibu yang bekerja. Di sini adalah video #shakleeEffect perkongsian Puan Zarith tentang tips kekal cergas bertenaga semasa menjalani ibadah puasa.




Moga tips ini dapat membantu anda dalam menjalani ibadah puasa. Anda boleh lihat Set Penyusuan Shaklee yang popular dikalangan para ibu di Malaysia.


Wednesday, April 8, 2015

Kisah Benar mengapa anak saya tak pernah sihat

[ KISAH BENAR ]


Pernah satu ketika, beberapa bulan yang lepas, dua anak kesayangan saya kerap kena selsema, batuk berkahak, hingus, demam berganti-ganti kakak dan adik. boleh dikatakan tiap-tiap bulan demam memang tak sah, mujur saya ni boleh dikatakan masa flexible jugak la dok rumah jaga diorg ni.
.
Risau memang risau bila selsema n batuk berkahak tak reda sehingga berbulan-bulan, sampai Doktor sahkan anak kena semput. dah le ade keturunan semput, sye la tu mase kecik mmg ada semput. Asik kena makan ubat je memanjang, sampai anak2 dah xnak la mkn ubat, pergi klinik sana-sini, ubat dah penuh dalam peti ais, tapi batuk selsema tak jugak baik SEPENUHNYA means bila diorg bersin je memang akan kuar hingus, hidung sentiasa meleleh je..kesian. Tidur pun tak selesa. Berat badan semakin susut dan selera makan semakin berkurang.
.
Ya, memang saya akui masa tu saye on-off bagi diorg suplemen, suplemen memang ade kat rumah tapi sebab asik terlupa n sibuk dengan benda lain saye jadi lalai  dengan kesihatan anak (teruk btol kan). Berdoa mmg tak miss, selalu doa anak diberi kesihatan yg baik tapi selagi mak tak buat tindakan memang tak jadi jugak huhuhu..
.
Setiap hari fikirkan WHY sakit diorg ni tak hilang2, pada satu masa tu saye memang dh give up sangat asik bagi diorg ubat, once bila anak2 dah agak2 sihat sikit saye nekad dgn diri sendiri bagi diorg suplemen dengan KONSISTEN..setiap hari tanpa skip. dan ALHAMDULILLAH walaupun ambil masa jugak untuk pulihkan selsema batuk berkahak diorg tapi saya dah boleh berasa sangat lega dengan tahap kesihatan anak2 sekarang. NO MORE hingus hijau, kahak, batuk, selsema, demam semua dgn izin ALLAH. Selera kembali normal malah lebih berselera setiap hari (ibu kene rajin masak hihi)

(Saye bagi Mealshakes dengan konsisten buat masa ni sbb senang nk bagi just letak dalam susu diorg setiap pagi sebelum hantar ke rumah pengasuh)
Selain tu saye bagi Omega, Vitalea for kids
.
So ibu2 diluar sana, sentiasalah jaga nutrisi badan anak2..diorg sedang membesar sangat perlukan nutrisi yg cukup. Saya cuma berikan suplemen Shaklee sbb sye percaya, disamping makanan sunnah lain seperti madu dan jus kurma. Tak kisah jenama apa yg u all guna yang penting NUTRISI..NUTRISI..NUTRISI..YANG MENCUKUPI.. dengan nutrisi..ubat paling kuat pun kalah..dan kena ingat ubat hanya mengubati saja dalam jangka masa pendek, tapi dengan NUTRISI badan akan jadi sihat sepanjang hanyat..inshaAllah

My precious <3

NADIA

Tuesday, April 7, 2015

Doa amalan ibu mengandung

Doa untuk ibu mengandung


 Baca lanjut untuk info ibu hamil dan mudah bersalin di SINI

Saturday, April 4, 2015

Hukum memotong kuku semasa haid

Soalan:

Ustazah, apakah benar seseorang yang datang haid  atau berhadas besar (berjunub) tidak boleh potong kuku atau gunting rambut?
Saya mendengar seorang ahli agama berkata, jika berbuat juga anggota itu akan datang di akhirat kelak dlm keadaan kotor  jika tidak dimandikan kemudiannya. Apakah terdapat dalil-dalil yang demikian itu?

Husna, Skudai Johor.



Jawapan dari Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad

Soalan ini selalu ditanya pada guru-guru agama dan sudah dijawab dengan jelas sekali. Namun saya cuba menjelaskan sekali lagi dalam ruangan ini. Semoga Allah Taala menguatkan iman kita untuk beramal dengan yakin selepas ini tanpa mempersoalkan hukum-hukum ranting ini kerana banyak lagi perkara asas yang belum kita ketahui.
Dalam surah al-Baqarah ayat 222, Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang haid. Katakanlah ia adalah suatu yang kotor. Kerana itu jauhilah (jangan menggauli) isteri pada waktu haid...”

Dalam buku ‘al-Fiqh 'Ala al-Mazahib al-Arba'ah (Fekah menurut Keempat Mazhab) mengemukakan: “Yang haram bagi seorang yang sedang dalam keadaan junub (termasuk datang bulan) untuk dia kerjakan adalah amalan-amalan keagamaan yang bersyarat dengan adanya wuduk seperti solat sunat dan wajib.”

Justeru, kita mengetahui tidak disyaratkan adanya wuduk untuk memotong rambut atau kuku. Dengan penjelasan di atas, dapat difahami bahawa tidak ada larangan (dalam erti kata haram) untuk membuang rambut yang gugur dan memotong kuku seperti mana yang saudari tanyakan.

Mungkin orang yang melarang itu menduga bahawa badan manusia menjadi najis ketika ia dalam keadaan junub. Dugaan ini agak mengelirukan. Nabi SAW tidak mewajibkan orang yang berjunub, termasuk yang datang bulan untuk segera mandi. Ia diwajibkan mandi, ketika hendak solat atau membaca al-Quran. Bahkan ada sebuah riwayat yang menyatakan bahawa Nabi SAW pernah berdiri untuk solat berjemaah, tiba-tiba Baginda teringat bahawa Baginda belum mandi dan segera pergi mandi kemudian melaksanakan solat. Demikianlah yang diriwayatkan oleh keenam perawi hadis yang utama (kecuali Imam al-Tirmizi) melalui sahabat Nabi, Abu Hurairah.

Boleh jadi juga, pandangan itu diambil daripada kefahaman hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud melalui Ali bin Abi Talib yang menyatakan, “Sesiapa yang mengabaikan satu bahagian dari tempat tumbuhnya rambut ketika mandi junub sehingga tidak terkena air, maka Allah akan memperlakukan begini dan begini di neraka.”

Riwayat ini di samping memiliki kelemahan dalam sanadnya, juga tidak menyebut mengenai rambut yang dipotong. Pada hemat saya, pandangan yang seperti saudari tanyakan itu sangat menyulitkan, sedangkan agama memberikan kemudahan-kemudahan termasuk dalam persoalan mandi wajib. 
Sekiranya hukum memotong kuku atau menggunting rambut tidak haram, adakah larangan tersebut bermaksud makruh?

Terdapat ulamak memakruhkan kita memotong kuku, mencukur/menggunting bulu dan rambut, membuang darah (berbekam) dan seumpamanya semasa sedang berjunub dan semasa haid dan nifas. Mereka ialah Imam al-Ghazali dan Abu al-Faraj as-Syirazi (seorang ulamak dari mazhab Hanbali). Berkata Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulumiddin; “Tidak sepatutnya seseorang mencukur rambut, memotong kuku, mencukur bulu kemaluannya serta membuang sesuatu dari badannya pada ketika ia sedang berjunub kerana seluruh juzuk pada badannya akan dikembalikan kepadanya di akhirat kelak, lalu ia akan kembali berjunub.[1] Dikatakan bahawa; setiap bulu (yang dicukurnya ketika berjunub itu) akan menuntut dari tuannya dengan sebab junub yang ada padanya (kerana dicukur ketika sedang berjunub)” (Dinaqalkan dari kitab al-Iqna’, jil. 1, hlm. 91).

Mereka berdalilkan hadis yang dikatakan dari Rasulullah s.a.w. yang berbunyi;

لا يقلمن أحد ظفراً ، ولا يقص شعراً ، إلا وَهوَ طاهر

“Janganlah sesiapa memotong kukunya dan menggunting rambut kecuali ketika ia suci” (Riwayat al-Ismaili dari Saidina ‘Ali r.a.)

Namun jumhur ulamak tidak bersetuju dengan pandangan tersebut. Menurut mereka; tidak ada dalil dari Nabi s.a.w. yang menegah orang berjunub atau wanita yang sedang haid atau nifas dari melakukan perkara-perkara yang disebut tadi. Adapun hadis di atas, ia adalah munkar dan maudhu’ (yakni palsu), tidak harus sekali-kali dijadikan hujjah (lihat; Syarah Sohih al-Bukhari, oleh; Imam Ibnu Rajab).

 Berkata Imam ‘Atha’ (seorang Tabi’in terkenal); “Harus orang yang berjunub untuk berbekam, memotong kuku dan mencukur rambut sekalipun tanpa mengambil wudhuk terlebih dahulu”(Riwayat Imam al-Bukhari). Imam Ahmad tatkala ditanya berkenaan hukum orang berjunub yang berbekam (yakni mengeluarkan darah dari kulitnya), mencukur rambut, memotong kuku dan mewarnai rambut atau janggutnya, ia menjawab; “Tidak mengapa (yakni harus)”.

Syeikh Atiyah Saqar dalam fatwanya juga menegaskan; pendapat Imam al-Ghazali itu tidak ada sebarang dalil untuk menyokongnya. Syeikh ‘Atiyah kemudiannya menaqalkan ulasan Imam Ibnu Taimiyyah yang berkata; aku tidak mengetahui ada sebarang dalil yang memakruhkan membuang rambut dan kuku oleh orang berjunub. Malah Nabi s.a.w. ada bersabda kepada orang kafir yang baru masuk Islam;

ألق عنك شعر الكفر ثم اختتن

“Buangkanlah darimu rambut/bulu kekufuran (yakni rambut/bulu yang tumbuh semasa kamu kafir), kemudian berkhatanlah” (HR Imam Ahmad dan Abu Daud dari ‘Uthaim bin Kulaib r.a. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no; 1580).

Di dalam hadis di atas Nabi s.a.w. hanya menyuruh orang yang baru masuk Islam itu agar berkhatan dan membuang rambut/bulu di badannya. Tidak ada arahan dari baginda supaya ia melakukannya selepas mandi, menunjukkan bahawa membuang rambut/bulu dan berkhitan itu harus dilakukan sama ada sebelum mandi atau selepas mandi.

Dalam buku al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, az-Zuhaili menulis, “Tidak makruh dalam pandangan mazhab Hambali bagi seseorang yang junub, atau dalam keadaan haid, atau nifas menggunting rambutnya, kukunya sebelum mandi.”

Pada hemat saya, pada hari kemudian, walaupun manusia dibangkitkan secara jasmani, tetapi tubuh kita bukan lagi sebagaimana keadaannya dalam kehidupan dunia.
Al-Quran menyatakan bahawa wanita-wanita penghuni syurga (yang tua sekalipun) akan dijadikan Allah SWT sebagai gadis-gadis remaja, penuh cinta dan sebaya dengan suami-suami mereka.

Ini sebagai mana yang disebut dalam surah al-Waqiah ayat 35 dan 36 iaitu: “Sesungguhnya Kami sudah ciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan yang istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh)".
Dalam hal mandi wajib, mazhab Abu Hanifah meletak garis panduan bahawa wajib membasahi seluruh anggota badan yang dapat disentuh oleh air selama hal itu tidak menyulitkan. Dalam konteks kemudahan itu, ulama membincangkan wajib tidaknya rambut yang digulung atau diikat sebahagian atas sebahagian yang lain, untuk diurai terlebih dulu baru mandi.

Abu Hanifah tidak mewajibkannya, cukup membasahi. Imam Malik juga tidak mewajibkan mengurai rambut yang bersanggul selama ikatannya tidak terlalu ketat sehingga air dapat mengalir ke dalam. Alasan mereka adalah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, bahawa Ummu Salamah bertanya kepada Nabi SAW, “Aku adalah seorang wanita yang mengikat rambutku, apakah aku harus mengurainya dalam rangka mandi junub?” Nabi menjawab, “Tidak! Cukup engkau menuangkan air ke atas kepalamu sebanyak tiga kali.”

Imam Syafie, walaupun mengharuskan menguraikan sanggul apabila air tidak mengena rambut, namun beliau berpendapat bahawa agama memaafkan bahagian dalam dari rambut yang terikat untuk tidak terkena air.
Jika  diteliti dalil-dalil dan pendapat di atas ternyata Rasulullah SAW tidak memberatkan para wanita yang berambut panjang untuk mengurai seluruh rambutnya bagi menjirus air ketika mandi junub untuk mengelakkan dari kesukaran. Apalagi jika berkaitan memandikan rambut yang telah gugur itu lebih menyukarkan. Sedangkan prinsip syariah ialah meringankan tanpa membebankan penganutnya.

Di sini juga saya bawakan jawapan Imam Ibn Taymiah bila ditanya tentang hal ini di dalam kitabnya Ghiza' al-albab, 1/382).Beliau berkata: "Tidak aku ketahui hukum makruh membuang rambut dan bulu dan kuku ketika junub, bahkan Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya seorang mukmin tidak najis (tubuhnya) sama ada hidup ataupun mati", malah Nabi memberitahu: "Buangkan darimu bulu-bulu kufur (yang tidak dicukur semasa kafir) dan berkhatanlah (apabila masuk Islam)."

Maka jelaslah bahawa dibenarkan, bahkan tidak dilarang untuk memotong kuku mencukur atau membuang apa-apa yang lebih daripada kebiasaannya yang tumbuh di tubuh kita semasa dalam hadas besar. Islam adalah yang mudah, maka jangan kita mempersulitkan diri kita dlm beramal.

Wallahua’lam.

Saturday, March 28, 2015

Tips elak Perineum terkoyak ketika meneran semasa bersalin

Apa itu Perineum? Perineum adalah otot/isi sekitar vagina (bibir vagina) iaitu laluan bayi keluar.

Saya yakin semua ibu dan bakal ibu menginginkan untuk bersalin secara normal, tetapi risau perineum terkoyak atau terpaksa dipotong untuk memudahkan proses bersalin. 


Tahukah anda kita boleh membuat persediaan dari awal lagi untuk mengelakkan perineum kita terkoyak atau dipotong setiap kali bersalin. InshaAllah kita berusaha ye.

Teringat pengalaman saya semasa bersalinkan anak ke-2 dulu, masa saat akhir saya praktikkan cara meneran dengan betul dan Alhamdulillah perineum saya tidak perlu dipotong tapi hanya kulit terkoyak sikit sebab saya tak amalkan minum minyak kelapa dara. Tapi ok banyaklah kan berbanding lahirkan anak sulung yang kena potong seinci walaupun berat baby hanya 2.89g berbanding baby ke-2 yang berat 3.01g kan hihi

Ok saya share kan tips dari artikel soleh,net  dan cara untuk meneran , info lanjut boleh refer kembali web ini ye.


Tips untuk kentalkan / kuatkan otot perineum

1. Minum minyak kelapa dara atau minyak zaitun atau kedua-duanya sekali semasa mengandung dan lebih bagus sebelum hamil lagi 



2. Sapukam minyak kelapa dara/ minyak zaitun di otot perineum dan buat urutan 'U' dengan menggunakan kedua jari (ibu jari dan jari telunjuk), lakukan setiap hari jika boleh..tujuannya untuk melembutkan otot perineum.




3. Lakukan senaman kegel (kemutan), tahan kemut dalam kiraan 10 dan lepaskan.


Tips ketika meneran semasa bersalin


1. Dalam keadaan baring dan dada sedikit tinggi, pegang kedua-dua kaki (dibahagian buku lali) dan rapatkan punggung ke lantai


2. Semasa sedang sakit kontraksi, Kawal pernafasan, bernafas melalui hidung dan hembus perlahan-lahan melalui mulut, ikut kesesuaian rentak ye, buat macam sedang bersenam



3. Mind set kena ingat JANGAN sesekali mengangkat punggung semasa meneran 


4. Bila sudah bersedia untuk meneran, tarik nafas melalui hidung dalam-dalam, Tutup mulut dan lepaskan nafas melalui hidung semasa disuruh meneran, elakkan mengeluarkan bunyi terlalu kuat dan menjerit, ini akan menyebabkan anda cepat mengah


5. Semasa meneran, rapatkan dagu ke dada, BUKA mata anda, elak untuk tutup mata ye Doktor kata takot salur darah mata pecah..wallahualam


6. Semasa mengandung amalkan ayat dan surah memudahkan bersalin ye.. sentiasa berdoa agar segalanya dipermudahkan. InshaAllah


Selamat bersalin! =)