KETAHUI SIZE PERUT BAYI ANDA DAN KAPASITI SUSU YANG DIPERLUKAN
Terdapat ramai ibu yang khuatir dan risau jika susu mereka tiada pada hari-hari awal kelahiran bayi. Bagi ibu yang bijak, mereka sudah bersedia dengan keadaan ini.
Maksud bersedia bukanlah dengan menyediakan susu untuk anak mereka. Bersedialah dengan ilmu mengenai penyusuan susu ibu ini terutama kini terdapat banyak saluran dan sumber untuk kita perolehi maklumat tentangnya.
Antara perkara yang boleh kita lakukan sebelum bersalin adalah dengan mengurut payudara dengan harapan susu akan ada apabila bayi lahir. Urutan ini membantu sebahagian ibu-ibu, tetapi ada juga ibu yang masih lagi tidak mempunyai susu walaupun setelah mengurut.
Janganlah panik. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda tahu dan ambil perhatian di minggu awal kelahiran bayi comel anda yang dipetik dari blog Science & Sensibility tulisan seorang blogger dan International Board Certified Lactation Consultant, Edith Kernerman.
1. Bayi baru lahir hanya perlukan Kolostrum ibu.
Ibu-ibu tidak perlu risau akan kuantiti kolostrum. Insya Allah, ia dijadikan Allah swt cukup untuk keperluan bayi kerana bayi hanya perlukan lebih kurang 5-7mL sahaja. Kecuali bayi anda mempunyai masalah lain, anda seharusnya terus memberikan bayi minum dari payudara anda sebagai stimulasi produksi susu.
2. Stimulasi penghasilan kolostrum adalah lebih baik dengan hisapan oleh bayi, atau menggunakan tangan berbanding dengan pam.
"And so when mothers can pump nothing, they are told they have no milk. Best to adjust the latch and use breast compressions and watch for baby’s drinking (don’t listen, you are unlikely to hear a baby drinking at that age)."
3. Jika susu masih tidak keluar, mungkin anda perlu betulkan posisi dan latching (pelekapan) kerana itu lebih penting daripada mengepam, mendapatkan makanan tambahan dan lain-lain.
4. Engorgement (Bengkak susu)
Engorgement bukanlah tanda ibu menghasilkan banyak susu, tetapi ia merupakan satu isyarat bahawa sesuatu yang tidak betul sedang berlaku. Kebiasaannya bengkak susu berlaku pada selepas beberapa hari kelahiran bayi kerana badan ibu masih lagi sedang menyesuaikan diri dengan penghasilan dan permintaan susu (supply and demand).
Namun, jika ia berlanjutan, ia mungkin memberitahu anda tentang perkara-perkara lain seperti kedudukan bayi yang tidak betul, kurang kerap memberikan susu kepada bayi anda dan lain-lain.
Edith memberikan beberapa tips untuk mengurangkan serta membaiki masalah bengkak susu seperti berikut:-
~Membetulkan posisi dan latching (pelekapan)
~Mengamalkan breast compression semasa bayi menyusu
~Mengamalkan sentuhan kulit ke kulit supaya lebih mudah mengetahui tanda-tanda awal sekiranya bayi ingin menyusu dan juga supaya lebih mudah menyusukan dengan lebih kerap
~Jangan pam payudara yang sedang mengalami bengkak susu atau mengurutnya ke arah puting susu.
Satu lagi perkara yang perlu diketahui adalah, bayi baru lahir kerapkali tidur semasa menyusu. Ia berpunca kerana aliran susu yang perlahan dan bukannya kerana bayi malas atau sudah kenyang semata-mata. Oleh yang demikian, pastikan anda bantu anak anda dengan mengekalkan aliran susu yang konsisten dengan sentiasa mengosongkan payudara. Payudara yang penuh akan menyebabkan aliran susu lebih perlahan.
5. Sore nipple (luka/sakit pada puting)
Sore nipple juga adalah pengalaman yang menyakitkan kepada ibu. Penyusuan ibu yang betul tidak menyakitkan sama sekali. Mungkin anda akan megalami sedikit ketidakselesaan pada awalnya, tetapi berdarah, luka dan sakit berpanjangan adalah tidak normal sama sekali.
Sekiranya anda mengalami kesakitan ketika menyusu, betulkan kedudukan bayi anda dan cara pelekapan (lacthing) kerana kebanyakan masa, inilah puncanya kepada segala permasalahan penyusuan.
Gambar ditujukkan adalah bertujuan untuk menunjukkan kuantiti susu yang anak anda perlukan diawal kelahirannya.
Jadi sahabat sekalian, janganlah terlalu risau tentang kuantiti susu yang anda hasilkan pada minggu awal kelahiran anak anda. Sebaiknya sentiasa mempersiapkan diri dengan maklumat tentang perkara ini dan dapatkan nasihat pakar laktasi bagi menyokong menjayakan penyusuan susu ibu untuk bayi anda.
Happy Breastfeed ♥♥
Nadia Yusof
ID: 859160
Email : nnadiayusof@gmail.com
SMS/ WhatsApp/ Viber : 019 776 7230
0 comments