Pilihan ibu berpantang selepas bersalin :: JAMU atau SUPLEMEN?
Benarkah
jamu wajib sebagai persiapan untuk berpantang? Sebelum saya beri
pendapat saya tentang ini.. apa kata kita baca pengalaman GenkiMomma berpantang..
Jom baca...dipetik disini
First Baby.
Saya
seorang yang agak skeptikal dengan produk kesihatan, makanan tambahan,
apatah lagi rangkaian jamu yang banyak berlambak di pasaran. Lebih
menakutkan apabila mendengar berita bahawa produk kesihatan yang glamour
di Malaysia, yang dah ramai orang guna, tiba-tiba ditarik balik dan
diisytiharkan tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh pihak
berwajib. Makanya, semasa melahirkan anak pertama, saya langsung tidak
ambil pusing untuk membeli jamu atau set bersalin, risau akan merosakkan
badan.
Apabila
baby lahir, saya hanya berurut selama 3 hari, mandi air daun-daunan
selama sebulan, minum air rebusan akar kayu selama beberapa hari dan
makan ubat yang dibekalkan oleh hospital. Saya cuba untuk minum pati
ikan haruan, tapi nak telan satu sudu pun susah. Saya kurang suka makan
ikan. Saya juga tidak disiplin berbengkung kerana menggunakan bengkung
tradisional (jenis panjang berjela, dan perlu pusingkan badan berulang
kali untuk memakainya). Jika tiada sesiapa yang tolong, memang tak boleh
nak pakai dengan kemas. Maka, agak malas di situ.
Secara
umumnya saya rasa sihat walaupun mengalami bentan sebanyak 2 kali. Owh,
anda tahu tak apa itu "bentan"? Apapun, mungkin kerana masih muda, baru
25 tahun, kesan kerana tak berdisiplin sewaktu berpantang tue kurang
dirasai. Perasan 'tough' gitu!
eh..ibu berpantang mesti alami dilema sembelit..seksanya membuang dgn luka jahitan yang masih terjahit...huhu..bagaimana saya atasinya? Baca link 'Sembelit masa berpantang..seksanyaaa'
eh..ibu berpantang mesti alami dilema sembelit..seksanya membuang dgn luka jahitan yang masih terjahit...huhu..bagaimana saya atasinya? Baca link 'Sembelit masa berpantang..seksanyaaa'
Second baby.
Pengalaman
berpantang first baby yang kurang memuaskan hati menyebabkan saya
membuat persediaan yang bersungguh-sungguh kali ini. Sewaktu baby masih
dalam kandungan, saya telah membeli bengkung jenis tali kasut (boleh
pakai sendiri, tak perlu bantuan orang). Kerana berasakan bahawa jamu
satu elemen yang wajib, maka kali ini saya berhabis rm300 untuk set
bersalin Nyonya Ramping (bukan nama sebenar) sebab ramai yang memberi
review bagus terhadap produk ini.
Apabila
baby lahir, saya gunakan minyak tersebut untuk sapu tempat-tempat yang
sepatutnya. Alhamdulillah, memang segar. Selepas selesai berurut selama 3
hari, saya bersedia untuk mulakan pengambilan jamu (set bersalin
tersebut). Namun, baby saya mendapat jaundice yang berterusan sehingga
umurnya 2 bulan 1 minggu. Breastfeeding jaundice! Jadi saya tangguhkan
dulu hasrat untuk minum teh herba & pil jamu tue. Saya sekadar
gunakan uncang untuk mandi rempah, mandi lulur serta minyak panasnya
yang memang best. Semuanya untuk kegunaan luaran sahaja.
Pernah
ketika umur baby 30 hari, saya cuba makan sebiji pil jamu tersebut.
Kesannya, saya sakit perut memulas-mulas sepanjang hari & tiba-tiba
pada malam tersebut baby meragam dan tidak mahu tidur malam! Baby
menangis sepanjang malam dan hanya mahu tidur di atas riba sahaja.
Keesokannya apabila kami ke hospital untuk check up baby sebulan, saya
kelihatan sangat lesu dan tekanan darah menurun. Terus saya stop kan
pengambilan pil tersebut. Saya cuba ambil lagi sekali tatkala baby
berumur 4 bulan, kesannya sama juga. Saya tetap sakit perut melampau
& baby yang masih eksklusif susu ibu ketika itu tiba-tiba menangis
tidak mahu tidur malam. Maka, yakinlah saya bahawa kami berdua alah
dengan jamu. Sebotol pil jamu terbuang begitu sahaja, sebab expired
tanpa di jamah.
Walaubagaimanapun,
selain daripada pengalaman kurang serasi dengan jamu, berpantang kali
kedua ini sangat berbeza dengan yang pertama. Saya lebih bertenaga, rasa
lebih sihat, dan kembali langsing dengan cepat!
Rahsianya,
saya mengambil supplements, breastfeed baby on demand & memakai
bengkung selama 24 jam sehari! Bengkung hanya buka untuk mandi atau ke
tandas sahaja. Sebelum pakai semula tue sapu minyak, kapur
& limau, atau apa juga yang membantu pengempisan perut. Pemakaian
bengkung menjadi seronok kerana saya boleh pakai sendiri tanpa bantuan
orang lain. Selain itu, saya dah boleh buat kerja rumah & berpantang
sendiri selepas 2 minggu melahirkan baby, dan yang paling penting,
berat turun sebanyak 10kg dalam masa 30 hari! Kali kedua nie juga tidak
mengalami bentan. Alhamdulillah.Owh,
apakah pula persamaan berpantang kali pertama & kali kedua? Ya,
untuk kedua-dua baby pun, saya tak ambil jamu. Walaupun ada percubaan
sekali dua makan jamu, tapi sebab baby 'reject', bolehlah disimpulkan
seolah-olah tak ambil jamu langsung.
Third Baby.
Insya Allah, jika diberi peluang untuk melahirkan baby lagi, saya dah tahu dan yakin apa yang diperlukan sewaktu berpantang. Berurut, memakai bengkung dan mandi air daun-daunan adalah perkara yang wajib bagi saya. Namun, untuk kesihatan dalaman, saya akan memilih supplements.
Bagi saya anda bebas untuk memilih apa jua makanan..jamu atau supplemen sewaktu berpantang nnt...
Cuma nasihat saya..pastikan anda tahu khasiat dan kesan yang bakal anda
dan baby peroleh selepas pengambilan jamu atau supplemen..
insyaAllah..
untuk kehamilan kedua nanti, saya juga bercadang untuk mengambil
supplemen sepanjang tempoh berpantang nanti.. ^_^.. walaupun emak saya
adalah pengamal jamu yg tegar, beliau memberi bermacam jamu sepanjang
saya berpantang semasa anak pertama, tapi huhuhu saya langsung tidak
'menikmati' jamu itu.. uiiii marah mak kalau mak tau..
Aper yg terkandung dalam set C (set berpantang Shaklee) ini..
[1] B-Complex : sebagai penenang (anti-stress), elak kemurungan (meroyan) & menstabilkan hormon.
[2]
Vitamin C : penting untuk pembentukan kolagen, mempercepatkan
penyembuhan luka, serta memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.
[3]
Multivitamin with Iron : Multivitamin lengkap dengan pelbagai kumpulan
vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi
sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan
(berpantang makan). Iron pula penting untuk tubuh terutama kerana ibu
banyak kehilangan darah selepas bersalin.
[4]
Zinc Complex : membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama
luka dalaman (rahim). Bagi anda yang tidak makan ikan haruan, mahupun
pati ikan haruan, Zinc supplements adalah yang terbaik untuk anda. Zinc
turut membantu masalah 'kedinginan' selepas bersalin.
Supplements tambahan lain yang sangat sangat saya syorkan ibu² ambil ialah Shaklee Energizing Soy Protein (ESP) dan Shaklee
OsteMatrix (Calcium-Magnesium with Vitamin-D). Kedua-dua ini boleh
membantu mengurangkan risiko baby kuning, memberi tenaga dan membantu
melancarkan penyusuan susu ibu. Bagi yang menghadapi masalah sukar
membuang air besar, boleh ambil Alfalfa / Lecitin...ia melancarkan
sistem penghadaman dengan cara yang lembut sekali.
Hanya yang terbaik untuk diri anda dan anak-anak, jadi jika berkemampuan, tak salah berbelanja lebih :-)
credit:
Hubungi saya untuk keterangan lanjut dan konsultasi percuma. Harga menarik menanti anda
FB: http://www.facebook.com/ nadia.yusof.509?ref=tn_tnmn
sms/whatapps/viber/call: 0197767230
Email: nnadiayusof@gmail.com
Blog: http:// azzahrahealth.blogspot.com/
Fan Page: AzZahra Vitamin Shop
Istimewanya set
kehamilan Shaklee ini ialah anda boleh terus mengamalkan set yang sama
sewaktu berpantang, sepanjang tempoh penyusuan malah selepas wean-off,
dan ada vitamin² ini yang anda boleh share dengan anak (hasben of course
lah)
Hanya yang terbaik untuk diri anda dan anak-anak, jadi jika berkemampuan, tak salah berbelanja lebih :-)
credit:
Hubungi saya untuk keterangan lanjut dan konsultasi percuma. Harga menarik menanti anda
FB: http://www.facebook.com/
sms/whatapps/viber/call: 0197767230
Email: nnadiayusof@gmail.com
Blog: http://
Fan Page: AzZahra Vitamin Shop
0 comments