VITAMIN TIDAK BERKESAN??
" Dh mkn dh vitamin, xda pe kesan pun....."
"dulu pernah mkn, tp dh stop dh sbb xda perubahan.."
Antara komen-komen yang selalu didengar..
Hakikatnya, pengambilan vitamin/ suplemen ini perlu istiqamah untuk memperolehi hasil yang optimum. Sama juga dengan apa yg kita lakukan dalam kehidupan seharaian. Adalah disarankan untuk mengambil vitamin secara konsisten selama 3 bulan untuk benar-benar mendapatkan keserasian kerana sel kita hidup antara 90-120 hari.
Selain itu, perlu juga ambil tahu Do's and Dont's tatkala mengambil sebarang makanan tambahan dan alangkah baiknya jika kita dapat ambil dengan cara yang terbaik, yang mungkin akan membantu badan kita untuk menyerap nutrien dari vitamin tersebut dengan lebih optimum.
Perlu ditekankan disini, vitamin/supplemen tambahan adalah BUKAN ubat untuk merawat sesuatu penyakit, Ia hanyalah makanan tambahan yang sedikit sebanyak membantu dalam kesihatan badan kita.
Beberapa faktor yang menyebabkan segelintir pengamal vitamin tidak merasa apa-apa kesan dan manfaat dari pengambilan vitamin atau supplement harian mereka.
Antaranya ialah:
1.
Pengambilan air kosong yang dipandang remeh.
Ramai bermasalah untuk amalkan minum air masak
kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh
meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan. Kita disarankan minum
air masak paling kurang 8 gelas sehari atau at least 2L apabila mengamalkan
pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih
baik. Yela, dalam badan kita 70% adalah air bukan?
2.
Elakkan makan vitamin secara sekaligus dalam
kuantiti banyak pada satu masa.
Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus,
ini meningkatkan kepekatan darah kita pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka
amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita
akan kurang minum air. Cuba
bahagikan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan agar
kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa.
Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu
terbeban dalam memproses nutrient dalam badan, makin kurang air, makin terbeban
ginjal kita untuk memproses.
3.
Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.
Sekiranya anda dalam pemantauan doktor kerana
masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan
vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat
menyerap vitamin dengan baik. Cuba
sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka
anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam.
Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara
berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas
pengambilan ubat doktor. Ini sebagai cadangan sahaja berdasarkan kajian yg
telah dibuat. Tetapi, dapatkan pandangan dari Doktor anda sekiranya masih ingin
mengamalkan sebarang vitamin.
4.
Pengambilan kafien dalam diet seharian.
Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan
vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang
tinggi secara berterusan akan membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini.
Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan.
Pendek kata
penyambilan kafien yang berterusan akan menyebabkan vitamin tidak berfungsi
dengan baik/rosak. Maka, sia-sialah anda mengamalkan mana-mana vitamin dan
semahal mana pun vitamin itu.
5.
Pantang larang makan vitamin.
Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap
dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu?
Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi
itu sendiri. Sama juga dengan ubat ubatan yang kita ambil.
References: http://www.healthkicker.com/697049266/taking-pills-with-anything-besides-water-can-be-dangerous/
Banyak lagi faktor penyebab kenapa vitamin yang
anda makan tidak memberi kesan dengan apa yang diharapkan. Jadi, makanlah
denagn ILMU, jangan membeli vitamin jika anda tidak tahu apa kebaikan vitamin
yang akan anda amalkan.
Dapatkan nasihat daripada pengedar anda serta
panduan pemakanan, kerana mana-mana pengedar vitamin sepatutnya lebih tahu
tentang nutrisi, yela bukan sekadar jual untuk mendapat untung saja sudah
menjadi amanat untuk membantu orang ramai dalam mencapai kesihatan yang
optimum. =)
Boleh rujuk lagi faktor2 yang lain di sini ye..
Hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nadia Yusof
ID: 859160
Email : nnadiayusof@gmail.com
SMS/ WhatsApp/ Viber : 019 776 7230
0 comments