#13 - Petua orang zaman dahulu
Walaupun sakng dah zaman moden, tapi petua orang-orang lama tetap diikuti sehingga hari ini, mungkin sebab dah tradisi kot..turun temurun dah di amalkan..nak ate mujarab tu mungkin kebetulan atau kena dengan logik asasnya ..yela diorang yang makan garam dulu dari kita jadi tidak salah untuk kita ikut asalkan tidak memesongkan akidah. Kalau kita tidak setuju dan tak mau ikut tolaklah secara sopan jangan sampai buatkan mereka (orang lama) kecik hati.
Sini saya kongsikan beberapa petua yang terlintas di fikiran saya yang pernah saya buat.
Petua 1. Letak sudu besi masa merebus daging untuk cepat empuk
credit to blog suriaamanda |
Petua 2. Rebus buah limau nipis dengan duit syiling 1 sen untuk hilangkan pahit buah
credit to pakcik google |
Saya pernah tengok mak saya rebus buah limau nipis untuk buat acar buah. Mak letak 10 keping lebih duit syiling 1 sen tembaga tu. Katanya untuk hilangkan pahit buah limau nipis tu. Hasilnya menjadi buahnya tak pahit sangat la.. kebetulan maybe?
Petua 3. Sapu kapur sirih untuk keluarkan serrangga yang masuk dalam telinga
credit to makcik google |
Saya pernah mengalaminya sendiri masa kecil dulu. Masa tu kat rumah ayah We, tengah syok main tetiba ade sekor semut terbang masuk dalam telinga kanan. ape lagi memang geli lah ade benda dok dalam telinga. lepas tu mak ssuruh amik kapur sapu kat bawang cuping teling banyak-banyak, saya dok heran ape kene mengena dengan kapur pulak? tapi sebab budak lagi mase tu saye ikut jela kan. Dalam berapa minit lepas tu semut tu pun keluar, lega okey. haa sebab apa sebab kapur tu panas jadi bila sapu kt telinga semut rasa panas kat dalam tak tahan dia pun keluar. Mujarab Okey
Petua 4. Air sirih sebagai pencuci wanita
credit to nenek google |
Sirih memang sinonim dengan penjagaan anggota badan wanita. Ianya lebih selamat dan semulajadi. Catanya hanya rebus beberapa helai daun sirih, biarkan menjadi suam-suam. selepas mandi bilas bahagia sulit dengan air rebusan sirih tu. Khasiatnya untuk hilangkan bau dan membunuh kuman jadi ianya lebih bersih dan wangi
Setakat ni je yang pernah saya ingat hehe..saye kene makan lebih OmegaGuard untuk memori saye nih..=)
Salam Sayang =)
NADIA
Dapatkan lebih info dan tips kesihatan di azzahravitamin.com
0 comments