#2 – Resepi homemade ayam ala KFC

by - 11:59 PM


Resepi ni di-share oleh abang saya di FB dan saya sangat teruja untuk cuba sebab anak sulung saya sangat suka makan ayam ci (bahasa anak saya ni). Memandangkan taman rumah saya ni akan lalu restoran besar KFC maka tiap kali lalu memang dia akan terjerit-jerit  ‘’ibu ibu ibu ..tuuu ayam ci udaap (sedap)..nak jugak nak jugak’’ .dan saya akan rasa berslah bila anak saye tu jerit camtu ( T T ) kopak duit mak nak huhuh.. haa bila dh ade resepi ni boleh la buat (jimat duit ibu nak bli KFC setiap kali ) heheh.

Ni resepinya

Resepi Ayam Goreng Ala KFC Rangup Dan Mudah

Bahan Perap untuk sejam: 
1 ekor ayam potong 7 ulas bawang putih tumbuk 2 sudu besar serbuk cili (kalau nak lagi pedas boleh tambah 2 sudu lagi) 1 sudu serbuk kari ayam secubit ajinamoto secubit soda bikarbonat garam 2 sudu teh air sedikit nak bagi rempah senang serap
Bahan untuk tepung salut : 2 cawan tepung jagung 1/2 cawan tepung gandum 1 sudu serbuk cili (atas citarasa masing-masing) garam secukup rasa secubit soda bikarbonat 1biji telur
Cara-cara:
1.Perap ayam 1 jam dengan bahan-bahan perap tadi.
2.Selepas itu pukul telur ,golek ayam dalam telur, supaya senang tepung nak lekat pada ayam.
3.Selepas itu letak tepung dan bahan-bahan lain dalam bekas yang ada penutup goncang-goncang bagi sebati, letak ayam yang dah dsalut telur tadi dalam bekas tu,tutup bekas, kemudian goncang bagi tepung salut rata . .tidak mengotorkan tangankan?
4.Langkah terakhir goreng ayam dalam periuk, biar ayam tenggelam dalam minyak yang panas (api sederhana). Dah garing angkat dan hidang



Dan hasilnya .taraaa.. sejibik sejibon macam ayam KFC kan heheh… ni gambo mase kunjungan team GEGEMASU aritu..ayam ni potong kecik2 untuk makan sekali dengan bihun/ nasi himpit SOTO..(kalau diorang perasan la) heheh..


Senang je buat rupenye..lepas ni memang boleh buat tiap-tiap minggu la…oh happy nya ibu..thanks kepada yang kongsikan resepi ni. =D

Salam Sayang =)
NADIA

Dapatkan lebih info dan tips kesihatan di azzahravitamin.com 

You May Also Like

0 comments