Amalan sebagai persediaan untuk hamil

by - 8:27 AM

Amalan pemakanan sebelum hamil amat penting untuk dititikberatkan. Tidak kira sama ada isteri atau si suami. Pemakanan yang sihat bakal membantu anda menjalani fasa kehamilan yang sihat!


Sebelum itu, amat penting untuk anda dan suami memastikan makanan yang diambil saban hari adalah sihat. Hal ini kerana kesuburan sering dikaitkan dengan amalan pemakanan sihat.

1. Perbaiki gaya makanan

~ ambil makanan kurang lemak tetapi banyak serat. Amalkan memakan hidangan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan makanan yang kaya dengan kalsium seperti susu, yogurt dan keju setiap hari
kekurangan sumber nutrien dalam tubuh boleh mempengaruhi kitaran haid yang mengakibatkan anda sukar meramal hari subur
~sesetengah vitamin dan mineral seperti vitamin C dan E, zink dan asid folik penting untuk membentuk sperma yang sihat

2. Ambil suplemen tambahan
pengambilan suplemen tambahan sangat disarankan ini kerana, ia dapat memastikan anda mendapat cukup asid folik dan nutrien lain yang boleh meningkatkan peluang kehamilan

3. Makan asid folik
pengambilannya terbukti dapat mengurangkan risiko kecacatan saraf seperti spina bifida
ia dapat juga mengurangkan risiko penyakit jantung, kanser dan kencing manis
~penting di ambil dalam tiga bulan pertama kehamilan

memainkan peranan penting dalam meningkatkan peluang untuk hamil
disarankan mengambil sekurang-kuranya 4mg sehari, sebulan sebelum merancang kehamilan
jika mempunyai sejarah keluarga yang mengalami kecacatan saraf, anda dinasihatkan untuk mengambil asid folik dalam dos yang lebih tinggi (rujuk kepada doktor untuk jumlah dos)
merupakan vitamin larut air, jadi tubuh akan membuang asid folik yang diambil secara berlebihan
jika memasak sayur-sayuran yang kaya dengan folat, anda perlu menggunakan hanya sedikit air bagi mengelakkan pembaziran asid folik terlarut dalam air

4. Dapatkan berat badan yang ideal
mengurangkan sedikit berat badan bagi yang bersaiz besar atau menambahkan sedikit berat badan jika anda terlalu kurus

perlu dilakukan agar kandungan anda tidak bermasalah
golongan yang terlalu gemuk bakal menghadapi komplikasi kehamilan

jika terlalu kurus pula dikhuatiri akan melahirkan bayi tidak cukup berat badan atau kelahiran pramatang

bagi yang bersaiz besar, mulakan rutin senaman secara teratur dan cuba kurangkan berat badan setengah kilogram dalam tempoh seminggu

namun anda perlu ingat, penurunan berat badan secara drastik boleh mengakibatkan ovulasi tidak berlaku

5. Hindari tabiat buruk
tinggalkan tabiat meminum alkohol, pengambilan dadah dan ubat-ubatan melainkan dengan nasihat doktor

kurangkan pengambilan minuman berkafein

jauhi daripada perokok atau rokok, kerana ia memberi kesan jangka panjang terhadap kandungan anda kelak.



You May Also Like

0 comments