Amalan pemakanan suami isteri sebelum hamil

by - 8:31 AM

★Pemakanan Isteri

Kekurangan zat dan vitamin boleh mengganggu kitaran haid dan menyukarkan proses pengiraan hari subur. Jadi, ambil perhatian jenis makanan yang patut anda amalkan.

1. Asid Folik
~boleh diperolehi daripada sayur-sayuran berdaun hijau, buah-buahan sitrus, kekacang, bijirin, beras perang, ayam, telur, susu, keju, daging kambing, daging lembu, ikan salmon, ikan tuna, hati lembu dan hati ayam

2. Zat Besi dan Protein
~Sayur bayam sangat kaya dengan zat besi.
~manakala untuk protein, anda boleh mengambilnya daripada makanan tenusu, telur dan soya

3. Makanan lain

~Antara jenis makanan yang dipercayai mampu menggalakkan kesuburan wanita ialah tauge, kacang dal dan kacang botol



★Diet Suami★

1. Zink

~Diet suami makanan mengandungi zink. fungsi zink adalah untuk penghasilan sperma yang sihat
~zink dapat membantu meningkat paras testosteron dan jumlah semen lelaki~jumlah keperluan harian adalah 11mg~makanan yang mengandungi zink ialah strawberi, kekacang, makanan laut, daging merah dan tiram

~selain itu, terdapat juga vitamin yang mengandungi zink, antaranya asid amino, vitamin A, vitamin B6, vitamin B12, vitamin C, vitamin E dan folate
~Jika suami mengambil suplemen zink, elakkan memakannya serentak bersama kalsium atau susu, kerana kalsium boleh mengurangkan penyerapan zink ke dalam tubuh

2. Betik

~ia mengandungi vitamin C, baik untuk meningkatkan kualiti sperma
~baik untuk mengamalkan vitamin C bagi pengeluaran sperma yang sihat~nutrien asid folik, kalsium dan vitamin D baik untuk meningkatkan penghasilan sperma

3. Kopi

~dipercayai dapat meningkatkan keaktifan sperma
~namun jangan diambil secara berlebihan



★Perlu dielakkan

1. Kafein

~menurut kajian Amerika, pengambilan kafein lebih daripada 3 cawan kopi akan 
~mengurangkan peluang anda untuk hamil sehingga 27% berbanding bukan peminum kopi

2. Alkohol

~elakkan mengambil alkohol untuk tempoh tiga bulan sebelum anda cuba untuk hamil
~di pihak suami, mengambilnya berlebihan akan menjejaskan sperma dengan merendahkan paras testosteron
~untuk jangka masa panjang, buah zakar boleh menjadi lemah

3. Rokok

~kajian Finland, mendapati 41.9% lelaki yang merokok adalah mandul
malah, lelaki perokok mengeluarkan sedikit sperma apabila berlaku ejakulasi
si perokok perlu berhenti untuk tempoh tiga bulan sebelum anda cuba untuk hamil

4. Ikan mengandungi merkuri

~terdapat beberapa jenis ikan mempunyai kandungan merkuri yang tinggi seperti jerung, todak dan makerel
~merkuri boleh berkumpul di dalam tubuh dan boleh memudaratkan bayi yang bakal dikandung
~amalkan makan ikan rendah kalori seperti salmon dan tuna

5. Makanan tertentu

~daging yang diproses (daging dalam tin, rendang segera, daging salai)
sushi mentah
~produk tenusu tidak dipasteur
~berkemungkinan mengandungi bakteria merbahaya seperti listeria yang boleh mengakibatkan listeriosis
~jangkitan ini boleh mengakibatkan keguguran dan kelahiran pramatang
pastikan makanan anda dipanaskan dengan betul bagi mengelakkan listeriosis

sumber : pa&ma

You May Also Like

0 comments