#28 - IMPIAN NADIA YUSOF

by - 10:39 PM

Impian saya banyak.tapi saya kongsikan yang utama ye



1. Mempunyai aset sendiri - impian nak beli tanah untuk anak-anak sorang satu, rumah, dan tanah saya sendiri. Tanah adalah pelaburan yang sangat penting untuk masa depan dan buka ladang sawit atau apa-apa saja yang boleh mendatangkan modal

2. Work at Home Mom (WAHM) - skang saya masih belum jadi WAHM sebab masih belajar dan anak-anak tinggal di rumah pengasuh. Cita-cita nak bekerja bisnes Shaklee dan bisnes yang lain dari rumah dan menjaga anak-anak dengan air tangan sendiri. 

3. Mahu menunaikan Haji dan Umrah - target nak pergi haji masa umur 30 tahun, bawa suami dan anak-anak. Mak dan Abah skali. Mudah-mudahan Allah bukakan rezeki saya untuk menunaikan hasrat saya ni aamiin.

4. Mahu hantar Anak-anak ke sekolah TAHFIZ - dari awal lagi saya dan suami berhasrat hantar anak-anak ke sekolah tahfiz dan moga mereka jadi seorang Hafiz/Hafizah sebagai saham akhirat kami..InshaAllah

5. Mahu berjaya di Dunia dan Akhirat - mahu perbaiki diri dan berusaha untuk memberikan segala untuk khidmat di dunia ini sebagai bekalan akhirat. Saya fikir satu je..ape yang saya sumbangkan semasa saya hidup kat dunia ni? saya tak mahu hidup di dunia ni dengan sia-sia...huhu moga Allah permudahkan dan memelihara hamba mu ini.

cukuplah 5 tu..yang lain rahsia hehe

NADIA
Dapatkan lebih info dan tips kesihatan di azzahravitamin.com

You May Also Like

0 comments