Penyakit aneh :: Multiple Sclerosis ::
Multiple sclerosis (MS) adalah suatu penyakit di mana saraf dari sistem saraf pusat (otak dan sumsum tulang belakang atau spinal cord) menjadi lemah dan tidak berfungsi dengan sempurna.
Myelin (suatu bahan kompleks), yang menyediakan suatu penutup atau sarung untuk saraf, memperbaiki pengantaran (konduksi) dari impuls-impuls sepanjang sistem saraf dan juga adalah penting untuk memelihara kesihatan dan fungsi saraf.
Ketika seseorang itu mengidap multiple sclerosis, ia boleh menyebabkan myelin menjadi musnah dan hilang. Manakala impuls-impuls eletrik yang berjalan sepanjang sistem saraf menjadi lambat untuk bertindak sehingga menyebabkan sistem saraf menjadi rosak.
Seterusnya, anasir luar seperti suatu virus akan mengubah sistem imun sehingga sistem imun akan menyangka myelin itu sebagai suatu pengganggu lalu menyerangnya. Serangan yang dilakukan oleh sistem imun pada jaringan-jaringan yang seharusnya melindungi sistem imun disebut autoimmunity, dan multiple sclerosis dipercayai adalah suatu penyakit dari autoimmunity tersebut.
Ketika semakin banyak saraf yang lemah dan rosak, seorang seorang pesakit multiple sclerosis akan mengalami suatu gangguan yang progresif pada fungsi-fungsi yang dikawal oleh sistem saraf seperti penglihatan, kemampuan berbicara, berjalan, menulis dan ingatan.
GEJALA MULTIPLE SCLEROSIS
Antara gejala Multiple sclerosis seperti :
1. Gangguan penglihatan mungkin adalah gejala-gejala pertama dari multiple sclerosis. Seorang pengidap MS mungkin mengalami penglihatan yang kabur sehingga menyebabkan kebutaan pada sebelah mata.
2. Kelemahan otot dan sendi.
3. Kekejangan otot, keletihan, hilang deria rasa dan kebas-kebas tubuh.
4. kemungkinan terdapat suatu kehilangan sensasi, kesukaran berbicara, gementar atau sering pening.
5. Konsentrasi yang berkurangan.
6. Lemah dalam ingatan.
7. Ketidakmampuan melakukan tugas secara berturut-turut.
8. Gangguan dalam emosi dan pertimbangan.
9. Tidak dapat mengawal perasaan sedih atau gembira seperti tidak dapat mengawal ketawa atau menangis.
Multiple sclerosis adalah penyakit yang mengakibatkan kerosakan myelin, iaitu pengawal pelindung yang mengelilingi serabut saraf pada sistem saraf pusat.
Ketika myelin mengalami kerosakan, maka ia akan mengganggu penyampaian ‘pesanan’ antara otak dan bahagian-bahagian tubuh lainnya.
Myelin ialah suatu bahan kompleks, dibentuk daripada protein dan fosfolipid yang disusun sebagai satu sarung sekeliling akson beberapa neuron yang dikenali sebagai serat-serat saraf bermielin (bermedula).
Jika serat-serat bermielin ini sudah rosak dan lemah, ia akan menyebabkan sistem imun dan antibodi seseorang itu menjadi lemah atau gagal berfungsi.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan sistem imun dan antibodi seseorang itu menjadi lemah atau gagal berfungsi:
1-Faktor alam sekitar
~Penggunaan bahan kimia dan pengawet di dalam sektor pertanian dan pemakanan.
~Pelbagai radiasi dari pancaran matahari akibat pemusnahan lapisan ozon.
~Pembakaran minyak fosil yang terkandung di dalam ekzos kenderaan.
~Bahan kosmetik yang berasaskan bahan kimia atau mengandungi unsur kimia.
2-Faktor genetik atau faktor keturunan.
3-Amalan cara hidup yang tidak sihat.
~Cara hidup yang tidak sihat seperti merokok, alkohol, stress, kurang rehat dan sebagainya.
4-Faktor Pemakanan yang tidak seimbang.
~Pemakanan seimbang merupakan tabiat memilih makanan yang hendak dimakan dengan tujuan memperbaiki atau mengekalkan kesihatan. Makanan yang seimbang perlu mempunyai karbohidrat, protein, lemak, vitamin, garam galian dan serat dalam kadar yang betul. Ini dapat diperolehi dari buah, sayuran, daging, ikan, susu, bijiran dan lain-lain.
5 – Kesan Sampingan Rawatan Perubatan.
~Rawatan ubatan yang menggunakan antibiotik, streroid, x-ray, vaksinasi dan seumpamanyasehingga memberi kesan buruk kepada sistem imun.
credit
★Saya ada seorang customer yang suaminya mengalami penyakit ini dan sedang mengambil Vivix dan NutriFeron setelah bermacam2 usaha untuk mencari penawar dalam entri seterusnya.★
Nadia Yusof
ID: 859160
Email : nnadiayusof@gmail.com
SMS/ WhatsApp/ Viber : 019 776 7230
0 comments