Osteoarthritis (Sakit Sendi)
Osteoarthritis lebih mudah dikenali sebagai sakit sendi. Ia
merupakan sejenis penyakit sendi yang mempunyai ciri keradangan. Sendi pula
ialah bahagian badan di mana dua tulang berlainan bertemu.
Ia berlaku apabila tulang
rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus. Ini akan menyebabkan
sendi menjadi bengkak, sakit dan kebas dan menjadi punca kepada kemerosotan
sendi tulang yang progresif (penyakit degeneratif sendi).
Keradangan berlaku kerana
darah (tidak cukup khasiat) yang dibekalkan kurang meskipun seseorang itu
sihat. Ini kerana, tubuh badan tidak boleh menghasilkan zat makanan yang
mencukupi bagi menyelaras dan memastikan kadar pemulihan dan pembaharuan yang
diperlukan.
Sendi yang selalunya berlaku
keradangan adalah lutut. Hal ini demikian kerana, lutut adalah sendi yang
menampung berat badan kita dan sentiasa digunakan sepanjang hidup kita.
Berikut adalah tanda-tanda penyakit
Osteoarthritis:
- Sakit pada sendi yang terlibat.
- Kesukaran untuk membengkokkan atau meluruskan sendi akan berlaku.
- Sesetengahnya akan mengalami kebengkakan.
- Adanya pembesaran tulang sendi.
- Golongan tua dan sudah berumur
- Golongan obesiti
- Sukan yang menyebabkan impak yang berulang dan memerlukan pergerakan pantas seperti bola sepak
- Mengangkat barang-barang yang berat.
- Lemah otot paha (quadriceps)
- Abnormal tibial rotation
Rawatan yang biasa diberikan untuk mengurangkan kesakitan termasuklah non- streoidanti- inflammatory drug (NSAID). Pesakit juga boleh diberikan rawatan glucosamine sulphate bagi mengurangkan kesakitan dan dipercayai boleh memperbaiki sendi-sendi yang terlibat. Malah, bagi pesakit yang tidak dapat menahan kesakitan , mereka boleh diberikan corticosterioid yang bertujuan mengurang proses keradangan dalam sendi.
Selain ubat penahan sakit yang dimakan, ada juga ubat sapu yang diperbuat daripada gel atau krim yang boleh digunakan untuk kelegaan tambahan. Ubat-ubatan ini selalunya tidak lagi berkesan untuk peringkat osteoartritis yang teruk.
Ubat-ubat baru seperti glucosamine, chondroitin dan diacerin adalah termasuk dalam kategori ubat-ubat tambahan dan sokongan yang boleh di ambil bersama dengan analgesia.
Ketiga-tiganya bertindak dan mempunyai fungsi yang berlainan.
1. Glucosamine bertindak dengan mengembalikan cecair sendi dan membantu melicinkan pergerakan sendi. Secara tidak langsung, ia juga mengurangkan sakit sendi kerana geseran.
2. Chondroitin boleh menahan kerosakan lanjut rawan jika diambil pada peringkat awal osteoartritis
3. Diacerin pula bertujuan untuk mengurangkan radang di sekitar sendi di samping boleh menolong mengurangkan sakit akibat osteoarthritis.
Hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nadia Yusof
ID: 859160
Email : nnadiayusof@gmail.com
SMS/ WhatsApp/ Viber : 019 776 7230
0 comments