Apa itu Perineum? Perineum adalah otot/isi sekitar vagina (bibir vagina) iaitu laluan bayi keluar.
Saya yakin semua ibu dan bakal ibu menginginkan untuk bersalin secara normal, tetapi risau perineum terkoyak atau terpaksa dipotong untuk memudahkan proses bersalin.
Tahukah anda kita boleh membuat persediaan dari awal lagi untuk mengelakkan perineum kita terkoyak atau dipotong setiap kali bersalin. InshaAllah kita berusaha ye.
Teringat pengalaman saya semasa bersalinkan anak ke-2 dulu, masa saat akhir saya praktikkan cara meneran dengan betul dan Alhamdulillah perineum saya tidak perlu dipotong tapi hanya kulit terkoyak sikit sebab saya tak amalkan minum minyak kelapa dara. Tapi ok banyaklah kan berbanding lahirkan anak sulung yang kena potong seinci walaupun berat baby hanya 2.89g berbanding baby ke-2 yang berat 3.01g kan hihi
Ok saya share kan tips dari artikel soleh,net dan cara untuk meneran , info lanjut boleh refer kembali web ini ye.
Tips untuk kentalkan / kuatkan otot perineum
1. Minum minyak kelapa dara atau minyak zaitun atau kedua-duanya sekali semasa mengandung dan lebih bagus sebelum hamil lagi
2. Sapukam minyak kelapa dara/ minyak zaitun di otot perineum dan buat urutan 'U' dengan menggunakan kedua jari (ibu jari dan jari telunjuk), lakukan setiap hari jika boleh..tujuannya untuk melembutkan otot perineum.
3. Lakukan senaman kegel (kemutan), tahan kemut dalam kiraan 10 dan lepaskan.
Tips ketika meneran semasa bersalin
1. Dalam keadaan baring dan dada sedikit tinggi, pegang kedua-dua kaki (dibahagian buku lali) dan rapatkan punggung ke lantai
2. Semasa sedang sakit kontraksi, Kawal pernafasan, bernafas melalui hidung dan hembus perlahan-lahan melalui mulut, ikut kesesuaian rentak ye, buat macam sedang bersenam
4. Bila sudah bersedia untuk meneran, tarik nafas melalui hidung dalam-dalam, Tutup mulut dan lepaskan nafas melalui hidung semasa disuruh meneran, elakkan mengeluarkan bunyi terlalu kuat dan menjerit, ini akan menyebabkan anda cepat mengah
5. Semasa meneran, rapatkan dagu ke dada, BUKA mata anda, elak untuk tutup mata ye Doktor kata takot salur darah mata pecah..wallahualam
6. Semasa mengandung amalkan ayat dan surah memudahkan bersalin ye.. sentiasa berdoa agar segalanya dipermudahkan. InshaAllah
Selamat bersalin! =)